Thursday, November 3, 2011

Dah hampir masuk 2 minggu...

salam ...

serious, aku tak bape nak ada mood untuk update blog ni lagi, tak tahu la kenapa... maybe sebab banyak sangat benda aku kena settle kan , so agak berhabuk gak la blog ini... dan mungkin sebab aku ini jenis yang tak suka meluahkan segala benda dalam hidup aku kat orang lain ( orang asing ) , menyebabkan blog ini agak ketinggalan... nak buat camne, aku memang seorang lelaki yang suka memendam rasa dan hati...

actually, post kali ini supposely to be emo sikit... but then ,aku just wat cool je...


yep, sudah hampir 2 minggu dah dia pergi tinggalkan kitorang... dia seorang insan yang sangat baik ... banyak sangat kebaikan dia sampaikan keburukan dia susah sangat nak dilihat... dia seorang yang sangat2 bertanggungjawab... seorang suami yang penyayang dan seorang ayah yang baik... dan sangat berdisiplin... serious, susah kot nak jadi atau pun cari seorang bapa yang macam tu... dan seriously, dia idola aku.. walau pun aku tak reti nak bersifat macam beliau, but still aku try nak jadi cam dia dalam segala segi... dan satu lagi, dia sangat cool... dan pemergian dia hari tu (23/10) buat aku sedikit terkilan...

yep, bukan disebabkan kerana aku buat salah dengan dia, just aku nak sangat kalau dia bersama mak aku datang tengok aku ambil sijil kedoktoran dari India suatu hari nanti... walau pun korang rasa agak remeh, tapi aku nak sangat dia datang... aku pun nak dia tengok aku jadi seorang doktor dan kahwin... nak sangat kalau dia dukung anak aku kalau ada kesempatan... sebab seriously, dia seorang yang sangat baik... aku nak sangat masa aku lebih kepada dia... tapi nak buat camne, macam ini la keadaan kalau belajar di negara orang... tak boleh sebarang nak balik cam kat Malaysia... but still, aku rasa sangat bersyukur balik ponteng hari tu sebab nak tengok dia... walau pun banyak masa aku kat hospital but still aku dapat bersama dia dari malam sampai ke siang... dan aku suka kalau dia tengok aku time aku pegang tangan dia...

dan sekarang,

dia dah pergi ke tempat yang aku susah nak pergi ... selamanya...
meninggalkan keluarga2 yang sangat sayangkan dia ....
tinggalkan aku ...
bersama dengan harapan dan impian dia untuk lihat keluarga aku bahagia selalu...
walau pun tanpa dia disisi ...

Al-Fatihah

Abah,
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sana...
ameen~

p/s: harap pemergian abah lebih buat kitorang lebih berdikari dan bersemangat untuk meneruskan hidup ini... moga nanti kita bersama di alam yang lebih lama nanti...