actually, aku baru je habiskan season 6 grey's anatomy... cerite terakhir aku untuk tahun ini... insyaAllah... dan aku rasa sangat senang lepas je habiskan episod2 terakhir tu walau pun agak pedih gak tengok.. tapi seronok... dan baru je aku download lagu tema untuk cerita 11 episode akai ito.... boleh lah tahan cerita dia... dan ikut aku, memang aku suka... kasih sayang dalam cerita akai ito dengan grey's anatomy cukup untuk aku kali ini nak ambil exam final 2nd year... k, cukup melalut please...
2 hari sebelum hari ini....
sangat2 special kot hari ni....
benda ini berlaku tahun lepas...
hari tu aku baru je habiskan tugas terakhir aku untuk jadi facilitator untuk kem remaja kat taman aku...
hari tu aku dapat lebih ramai kawan dekat bandar seri putra...
hari tu aku ignorekan pemintaan kawan2 aku untuk makan sama2...
hari tu aku ignorekan pemintaan kawan2 aku untuk lepak sana- sini...
hari tu aku rasa something yang best akan berlaku...
hari tu juga aku rasa antara hari yang buat aku gembira sangat...
walau pun aku rasa biasa2 saja... tapi hari tu sungguh bermakna untuk aku...
hari tu aku bersama dengan mama dan arwah abah....
dan selama 11 tahun aku bersama dia, tak pernah aku rasa happy walau pun sekejap...
sekejap sangat... dan buat kali terakhir ....
aku dan mama sambut birthday seorang yang hebat...
mama dengan abah baru balik haji sebelum tu, dan kitorang habiskan malam tu dengan celebrate birthday abah dekat Hotel Equatorial Bangi ....
dengan just makan kat restoran jepun... sushi2 semua tu la.. sotong2, ais kacang...
sambil tu bergambar dengan itu ini kat sana... mama dengan arwah abah...
seronok bila tengok mama happy...
susah kot nak jumpa lelaki sehebat abah..
dan semalam... mama suruh cari artikel kat surat khabar kat Sunday Times..
kawan baik dia ada tulis sebuah artikel pasal abah... cool kan dia?
ramai sangat sayang kan dia... ramai nak bersama dia lagi2 kalau nak sambut birthday...
tapi dia pilih untuk bersama dengan kitorang....
walaupun kitorang just orang kebanyakan...
mama , abah dengan aku ....
aku sayangkan mereka sangat...
aku tak sempat nak balas budi baik dia...
Hj Osman Rani bin Hassan (klik kat nama kalau nak baca)
Terima kasih abah... masa aku bersama dia walaupun just 11 tahun, tapi sepanjang tu, aku rasa bersyukur sangat sebab kerana dia.. mungkin aku tak sampai ke tahap sekarang ni... harap abah jaga diri kat sana... Al-fatihah....
moga abah dikalangan orang yang beriman di sana ....