Saturday, July 14, 2012

Hong Kong , Shenzhen...

salam...
lebih sebulan yang lalu , aku , mak, akak dan adik melawat China... yup, walaupun sekejap, , 5 hari, tapi agak memuaskan...
dan kali insyaAllah aku try yang terbaik bercerita kembali detik2 hari kitorang dekat sana....

Day 1...
kitorang berlepas dari LCCT terminat dalam pukul 3.30 petang, dan tiba di airport Hong Kong sekitar jam 8 malam ++ ... sebelum tu , nak bagitahu yang kitorang memang tak ikut rombongan beramai-ramai... just sesama sendiri .... sampai je kat airport tu, kitorang try call agent kitorang, tak dapat.... lebih kurang 10 minit pastu, seorang agent datang dan bawa kitorang yang super letih ke Stanford Hotel, HK.... serious, hotel tu sangat kecil , tapi dalam cukup mewah... sampai2 tu masing2 dah penat melampau dan terus je tidor....

Day 2...
selepas je breakfast buffet kat restoran halal , kitorang melawat tempat di mana pengisthiharan kembalinya Hong Kong ke China.... serious tak ingat nama tempat tu.... btw, kat kawasan2 tu korang boleh tengok betapa banyaknya pulau2 sekitar HK.... then, kitraong proceed ke kedai jed dengan kedai emas... serious, malas nak bercerita panjang pasal benda2 camni... not my taste.. huhuhuhu.... just usha2 je kedai2 tu.... sebelum kitorang dihantar ke Shenzhen pada waktu petang tu, kitorang melawat kedai duty free yang agak murah la dorang nyer harga compare kat luar.... lunch kitorang pastu kat kedai from India... semua veg... thanks to my government hantar aku kat india... at least aku boleh la order yang sedap2 untuk family aku, walaupun makan veg je.... dan sesudah tu kitorang berlepas lak ke Shenzhen naik keretapi super laju dorang..



ni la tempat HK dikembalikan ke China..




rumah kat HK banyaknya Apartment ... cam Singapore gak


waktu pagi kat sana


belakang tu cam bangunan ke 3 tertinggi kat HK



rumah nelayan semua atas kapal je..

sampai2 sana, seorang pemandu pelancong kitorang bernama Alice tunggu... then, kitorang proceed lak ke hotel FX... ok la jugak hotel tu walaupun agak berbau sikit corridor dorang... petang tu, kitorang ke market dorang... seyes weh, bosan melampau... sori, aku bukan jenis yang suka bershopping, tapi kalau setakat teman je,, boleh kot....so, pusing la kitorang kat sana... btw, just nak complain sikit pasal shenzhen, kat market dorang memang tak de money changer... so, cam pelik... sebab duk bandar kan, konfim la selalunya ramai foreigner... dan ramai foreigner selalunya perlu money changer... huhuhu... lepas je sejam kitorang jalan2 , dan beli sikit2 je, balik la better, rehat kat hotel...

Day 3...
Hari ini aku dapat rasakan orang2 indon mengaburi pandangan aku walaupun kitorang kat negara China... first2 kitorang melawat lagi kedai2 kain sutera.... serious, bagi aku, orang indonesia yang datang situ super amat kaya... kain2 blanket atau sarung bantal buatan sutera memang best.... dan amat mahal... tapi orang2 indon kat sana memang pelik, dorang borong kot benda2 camtu,... cam membazir, bagi aku la, sebab bukan guna selalu pun kalau bawa balik indonesia nanti.... later, Alice bawa kitorang ke kedai yang agak terpencil... dia kata nak tunjuk kitorang produk 'world-branded', so cam aku ni malas nak beli itu ini... so, biarkan la kaum2 hawa melalukan tugas membeli belah...

then, kitorang dibawa ke Restoran Zhang Fu Yuan.... restoran muslim yang besar kot kat Shenzhen... makanan dorang sangat2 sedap.... dan banyak sangat sup dengan sayur.... so, memang typical chinese.... later, kitorang pergi lak Splendid China Park... tempat tu memang terbaik la... serious aku nak ke sana lagi kot... super seronok... korang boleh tengok segala berkaitan dengan china kat situ.... dari zaman dulu hingga sekarang ... takde limitations... memang tak cukup la kalau korang lawat tempat tu dalam sehari je... besar melampau... dan kebanyakan yang ditunjukkan kat situ model2 istana , tembok besar china, model2 rumah yang telah dikecilkan dan diletakkan di sekitar park tu... sangat besar kot park dorang...

tapi yang terhebat bagi aku la park ni... adalah time waktu petang dan malam dia... time tu kitorang disajikan dengan persembahan tarian yang sungguh amat sangat cool... semua bertemakan tarian tradisional dan moden chinese2.. dan kesemua penari dorang sangat2 hebat kot... laki bagaikan perwira bidang , kacak dan perempuan bagaikan model2 yang cantik... aku sempat tangkap dua je gambar dorang time dorang promosikan tarian dorang tu... tapi aku just upload satu, sebab satu lagi agak sexy..... malam tu kitorang letih habis la... dan tidur selena-lenanya....


Splendid China Park



antara penari cantik..





mama dengan Alice..













Day 4...
hari terakhir kitorang kat bumi shenzhen, pagi tu Alice hantar kitorang balik ke tren station.... dan kitorang kembali balik ke Hong Kong ... serious, aku nak je pergi shenzhen balik pasni.... banyak kot aku tak lawat lagi.... setibanya kat stesen keretapi, kitorang naik bas balik ke hotel Stanford.... sebelum dihantar ke Disney Land HK...

pasal Disneyland rasanya, korang tahu kot keseronokan dia.... dan for the first time aku nangis kot time persembahan2 disney dorang... mana tak nya, Mulan , Mickey Minnie Donald duck , Goofie, Daisy, humsback, beauty and the beast, buzz lightyear, you got a friend, Andy, semua watak Disney muncul depan aku.... teringat kot zaman muda2 aku balik.... serious aku tak tipu, aku betul2 nangis time tengok persembahan tu.....

dan waktu malam, jam 9 pm, persembahan bunga api dekat disney nyer castle.... walaupun aku rasa cam murah je bunga api yang dorang guna but still, aku rasa aku gembira kot dapat tengok benda2 camni... sebab keesokkan hari nya aku akan pulang balik ke Malaysia..... :(


family dengan Alice


Kiri Shenzhen.. kanan HK




we are here, Mickey



Simba, Lion King


Lilo and Stitch



Tarzan's house


puteri paling comel :p , dia peluk kaki aku kot hari tu

Day 5...
hari terakhir kitorang di HK.. dan flight kitorang dalam pukul 8 malam... so, banyak masa siang2 tu... family kitorang cadang nak pergi Victoria peak dimana kawasan tu serious cam Bukit Bendera...tapi yang beza nya dengan yang ada kat negara Malaysia, victoria peak lebih sejuk, dan terlebih best.... kat puncak bukit tu la, ada nya Madame Tussauds gallery, dorangnya gallery memamg bersepah worldwide.... gallery dorang berkaitan dengan pembentukan manusia sebenar dalam bentuk wax... so, dapat la aku info sikit2 pasal artis2, pemain2 sports, ahli2 politik, manuisa hebat cam Albert Einstein, IP man, Ronaldinho, Brad Pitt, Angelina Jolie, Obama, ... argh , banyak la.... konfim aku susah kot nak jumpa dorang secara live, inikan lagi nak ambil gambar dengan drg2 semua... so, cukup la bergambar dengan wax... huhuhuhu

Victoria peak memang lawa kot .... dari sini korang dapat tengok kebesaran bandar2 HK ini... walaupun saiz dia hampir sama dengan Singapore... tapi seriously bandar dorang tersangat cantik dan sungguh bersih .... hebat dan bertamadun penduduk2 dia.... dan petang tu, kitorang berangkat pulang meninggalkan bandar HK menuju ke Malaysia... tak nak balik lagi....

tapi sebelum tu, just nak bagitahu .... Airport HK memang super besar melampau.... dalam tu korang boleh imagine sebesar 3 shopping complex... dan konfim korang boleh sesat kalau tak pandai nak cari gate...
.

Victoria Peak..


Brad Pitt


Madame Tussaue



rasa macho bersama Mahatma Gandhi



Albert Einstein sama tinggi dengan aku.. bangga 







suka gambar ni :)



bybye HK...

k cukup kali ni, rasa panjang melampau kot post kali ini.... nanti2 la aku post benda2 yang aku belajar kat negara China ni.... yang pastinya, mentaliti dorang memang 1st class kalau nak dibanding kan dengan negara ASEAN yang lain... bukan nak mengata sebab aku pun orang ASEAN gak.. sebab memang itu la kenyataan... post pasni samada aku tulis pasal cuti aku kat USS lak ataupun ... nanti2 la aku fikirkan... 

7 comments:

Anonymous said...

bro nak tanyer....berapa lama masa diperlukan dari hk ke shenzen ...dan naik aper...perlu lalu imgresen ker

fAheEm said...

sori lambar reply...
kitorang hari tu naik tren je dari hk ke sehnzhen, cam naik ktm kat mesia... hk tak perlu visa , but shenzhen perlu benda2 camtu... kat stesen shenzhen ade imegresen...

Anonymous said...

bro...
bleh kasi contact agent kat sana x?
mana tau bole membantu ke aku d sana nanti..tq

fAheEm said...

sori la bro... dah tak igt la ..

btw.. kat shenzhen tu nama agen yg bwk2 tu alice... ok la ... :)
sori sgt

Anonymous said...

Hi i nak tanya u la...i nak pergi hk minggu dpn so plan nak masuk shenzhen n then balik semula ke hk...i dh buat single entry visa...betul ke or i perlu buat double entry visa kalau tak i tak leh balik semula hk..pls advice accordingly..thank you in advance...

fAheEm said...

to anonymous :

emmm.. dulu kitorang buat single entry je... sbb hongkong tak perlu visa... shenzhen je.... walaupun dorang negara cina, tapi matawang dorang lain .... rasa nya single dah cukup untuk case anonymous ni.. sbb sekali je kan masuk shenzhen... btw, pegi taw splendid china park kat shenzhen.. konfim best :)

Anonymous said...

Thank you very much faheem for the advice..yes splendid china is in our itinerary too..ok thanx again...